Seo Services

Dakwaan Sirul Azhar Sudah Disiasat - KPN


SEPANG: Polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan terbaharu dibangkitkan Sirul Azhar Umar dan berpendapat tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan siasatan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan menyarankan agar dakwaan Sirul Azhar diberi perhatian, mungkin tidak mengetahui tindakan dan siasatan dijalankan polis.

Khalid berkata, polis telah bertemu Sirul Azhar yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.

"Sebenarnya kami telah pun menjalankan siasatan terhadap apa jua kenyataan yang dibangkitkan Sirul Azhar...mungkin, dan sudah tentu Tun (Dr Mahathir) tidak tahu apa tindakan dan siasatan yang kami jalankan.

"Semua dakwaan termasuk yang baharu, telah kami jalankan siasatan dan selepas meneliti hasil siasatan, kami berpendapat tidak ada apa-apa perlu kami buat untuk meneruskan siasatan," katanya mengulas saranan Dr Mahathir supaya kenyataan Sirul Azhar disiasat oleh polis.

Khalid ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bas daripada AirAsia kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.

Sumbangan bas berkenaan membantu memudahkan pergerakan jadual penugasan 106 anggota yang bertugas di lapangan terbang berkenaan.

Mengulas lanjut, Khalid berkata apa yang dibangkitkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas itu sebenarnya meliputi perkara diketahui polis sejak dahulu.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya menerima tujuh laporan di seluruh negara membabitkan aduan kenaikan harga berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Rabu lepas.

Katanya, kebanyakan laporan tersebut mengenai caj GST sebanyak enam peratus terhadap kad tambah nilai prabayar yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi.

"Dalam soal ini, kita telah bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi menyiasat berhubung laporan itu," katanya.

Dalam isu berasingan, Khalid berkata polis mempertimbangkan untuk menggunakan Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mendakwa ibu bapa dan penjaga yang didapati cuai membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.

Beliau berkata, sehingga Mac lepas, sebanyak 309 pelajar maut akibat kemalangan motosikal, peningkatan ketara daripada keseluruhan 290 kematian yang direkodkan tahun sebelumnya.

"Kita tidak boleh lagi menerima alasan mereka tidak tahu anak-anak mereka menggunakan motosikal sebaliknya selaku ibu bapa, penjaga atau pemilik motosikal, mereka sepatutnya memberi perhatian serius kerana sebarang kecuaian membabitkan nyawa," katanya.

- BERNAMA"Semua dakwaan termasuk yang baharu, telah kami jalankan siasatan dan selepas meneliti hasil siasatan, kami berpendapat tidak ada apa-apa perlu kami buat untuk meneruskan siasatan," katanya mengulas saranan Dr Mahathir supaya kenyataan Sirul Azhar disiasat oleh polis.

Khalid ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bas daripada AirAsia kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.

Sumbangan bas berkenaan membantu memudahkan pergerakan jadual penugasan 106 anggota yang bertugas di lapangan terbang berkenaan.

Mengulas lanjut, Khalid berkata apa yang dibangkitkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas itu sebenarnya meliputi perkara diketahui polis sejak dahulu.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya menerima tujuh laporan di seluruh negara membabitkan aduan kenaikan harga berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Rabu lepas.

Katanya, kebanyakan laporan tersebut mengenai caj GST sebanyak enam peratus terhadap kad tambah nilai prabayar yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi.

"Dalam soal ini, kita telah bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi menyiasat berhubung laporan itu," katanya.

Dalam isu berasingan, Khalid berkata polis mempertimbangkan untuk menggunakan Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mendakwa ibu bapa dan penjaga yang didapati cuai membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.

Beliau berkata, sehingga Mac lepas, sebanyak 309 pelajar maut akibat kemalangan motosikal, peningkatan ketara daripada keseluruhan 290 kematian yang direkodkan tahun sebelumnya.

"Kita tidak boleh lagi menerima alasan mereka tidak tahu anak-anak mereka menggunakan motosikal sebaliknya selaku ibu bapa, penjaga atau pemilik motosikal, mereka sepatutnya memberi perhatian serius kerana sebarang kecuaian membabitkan nyawa," katanya.- BERNAMA
Dakwaan Sirul Azhar Sudah Disiasat - KPN Dakwaan Sirul Azhar Sudah Disiasat - KPN Reviewed by Unknown on April 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.