Sebuah helikopter yang dipercayai membawa seorang bekas menteri Kabinet terhempas di Jalan Sungai Lalang - Kampung Pasir Baru Semenyih pada petang Sabtu.
Maklumat awal Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor memberitahu bahawa sekurang-kurangnya dua terkorban dalam insiden itu.
Difahamkan bekas menteri tersebut ialah Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Helikopter berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.
Operasi menyelemat membabitkan tiga balai iaitu Balai Bomba Semenyih, Balai Bomba Bangi dan Balai Bomba Kajang.-mStar
Helikopter Terhempas, VIP Antara Terkorban
Reviewed by Unknown
on
April 04, 2015
Rating:
No comments: