Seo Services

Lelaki Tembak Bekas Tunang Serta Ahli Keluarga


PESHAWAR: Seorang lelaki menembak mati bekas tunangnya dan sembilan anggota keluarga tunangnya itu akibat kecewa tidak dapat melangsungkan perkahwinan.

Ketua Polis Daerah Peshawar, Shafiullah Khan, berkata lelaki terbabit yang dikenali sebagai Mir Ahmad Shah turut dikaitkan dalam kes pembunuhan ibu bapanya enam bulan lalu kerana mereka enggan membayar mas kahwinnya.

Katanya, suspek menyerbu masuk ke dalam rumah dan membunuh mereka ketika sedang tidur termasuk dua kanak-kanak dan empat wanita menggunakan senapang AK-47.

Khan berkata Shah adalah buruan polis kerana membunuh ibu bapa dan dua orang abangnya enam bulan lalu kerana keluarganya enggan menerima permintaan bapa tunangnya ketika itu yang mahukan sebuah rumah sebagai mas kahwin. - AFP
Lelaki Tembak Bekas Tunang Serta Ahli Keluarga Lelaki Tembak Bekas Tunang Serta Ahli Keluarga Reviewed by Unknown on April 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.