Seo Services

Najib Nafi 1MDB Muflis

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Kerajaan hari ini menafikan syarikat pelaburan strategiknya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah muflis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu tidak seharusnya timbul kerana syarikat berkenaan telah berjaya melunaskan hutangnya sebanyak RM2 bilion kepada dua institusi kewangan pada 13 Feb lepas.

"1MDB telahpun melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion dengan Maybank dan RHB pada 13 Feb 2015 mengikut syarat-syarat perjanjian pinjaman.

"Sedemikian itu tidak timbul isu 1MDB sudah muflis," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, dalam satu jawapan bertulis kepada Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat di sini.

Ooi meminta Menteri Kewangan menjelaskan sama ada 1MDB sebenarnya sudah muflis kerana tidak berupaya membayar balik mengikut jadual berkontrak bagi pinjamannya sebanyak RM2 bilion daripada Maybank.

-- BERNAMA
Najib Nafi 1MDB Muflis Najib Nafi 1MDB Muflis Reviewed by Admin on April 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.