Gambar Hiasan |
Vicenza (Itali): Seorang nenek secara tidak sengaja meracun diri, suami, anak lelaki, cucu dan seorang rakan mereka selepas menyediakan minuman coklat panas daripada peket yang tarikh luputnya 25 tahun lalu.
Rossetta, 77, dari Vicenza, bandar di timur laut Itali, menyediakan minuman itu selepas diminta oleh cucu dan rakannya yang berusia antara sembilan dan 12 tahun.
Dia juga membancuhnya untuk anak lelaki, suami dan dirinya. Tidak lama selepas itu, mereka dibawa ke hospital kerana sakit perut dan muntah.
Menurut media tempatan, pihak berkuasa mengesan punca itu pada minuman berkenaan yang tamat tempoh pada 1990.
Rossetta dipercayai membeli minuman itu pada hujung 80-an.
Serbuk coklat itu tersimpan sekian lama dalam almari hinggalah cucunya meminta Rosetta menyediakan minuman coklat.
Rosetta menjumpai bungkusan serbuk coklat berkenaan dan membancuhnya dengan susu panas sebelum menyajikan kepada mereka.
Suaminya mula muntah dan sakit perut kira-kira sejam selepas meminum minuman itu, diikuti dirinya, kanak-kanak berkenaan dan anak lelakinya.
Mereka dikejarkan ke unit kecemasan untuk diberi rawatan.
Walapun kejadian itu tidak disengajakan, wanita itu berdepan tuduhan menyebabkan kecederaan. - AFP
Nyaris Maut Minum Coklat Luput 25 Tahun Lalu
Reviewed by uMieySurianie
on
April 02, 2015
Rating:
No comments: