Seo Services

Saspek Kes Ragut Barangan Kemas Diberkas Polis


KUCHING: Kurang dari 72 jam selepas kejadian rompak, polis berjaya memberkas saspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Sarawakiana difahamkan, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kuching (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak (IPK) telah menahan saspek tersebut di sebuah hotel bajet disini semalam.

Serbuan yang kira-kira jam 5.30 petang berkenaan membawa kepada penemuan beberapa barangan kemas yang dilaporkan telah diragut dalam satu kejadian ragut dua hari sebelum ini.

Polis telah merampas RM600 tunai, beberapa utas rantai, cincin, gelang, seutas jam tangan Omega dan dua talipon bimbit yang ditemui dalam bilik saspek.

Pada hari Isnin lepas, sorang lelaki telah diragut berdekatan dengan sebuah parkir kenderaan di hadapan sebuah bangunan di BDC, Kuching.

Kejadian tersebut telah dirakam oleh sebuah CCTV yang dipasang di sebuah bangunan yang berdekatan dengan lokasi kejadian.

Suspek yang berusia 21 tahun dari Kampung Tabuan Ulu kini ditahan oleh polis bagi membantu siasatan. - Sarawakiana


TAHNIAH PDRM SARAWAK .. Saspek yang merompak wang tunai dan barang kemas dua hari di Bandaraya Kuching berjaya diberkas semalam. Kejadian ragut/rompak tersebut telah dirakam oleh CCTV yang berdekatan lokasi tersebut. (Berita sepenuhnya akan menyusul kemudian) - Sarawakiana
Posted by SARAWAKIANA on Wednesday, April 8, 2015
Saspek Kes Ragut Barangan Kemas Diberkas Polis Saspek Kes Ragut Barangan Kemas Diberkas Polis Reviewed by Salfian Nawawi on April 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.