Seo Services

Sebanyak 892 Unit RMR1M Telah Dibina di Sarawak Dalam Tiga Tahun Lepas


KUALA LUMPUR: Sebanyak 892 unit di bawah program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) berjaya disiapkan di Sarawak dalam tempoh 2002 hingga 2013, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata jumlah itu termasuk 33 unit di kawasan Kota Samarahan yang dibina mengguna-kan subsidi kerajaan.

“Setakat ini, Perbadanan Pembangunan Perumahan Negeri Sarawak telah menerima 41 permohonan baharu dari kawasan Kota Samarahan dan sedang dalam proses penilaian.

“Unit-unit RMR1M ini (sekiranya layak) akan dibina menggunakan peruntukan subsidi 2015 setelah peruntukan tersebut disalurkan kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)”, katanya menjawab soalan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan).

Rubiah meminta Kementerian Kewangan menyatakan status terkini proses permohonan RMR1M di Kota Samarahan serta kuota kelulusan program itu yang telah dibina.

Chua berkata tiada kuota dikhususkan bagi pelaksanaan RMR1M di seluruh negara kerana permohonan bagi program itu adalah terbuka sepanjang masa dan bergantung kepada peruntukan subsidi tahunan yang diterima daripada kerajaan.

Bagi menjamin kese-lesaan rakyat, kerajaan turut menambah baik kualiti RMR1M dengan memperluas saiz rumah daripada 866 kaki persegi kepada 1,000 kaki persegi dengan harga yang lebih rendah iaitu daripada RM75,000 kepada RM65,000.

Beliau berkata bagi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan rumah, SPNB turut menyediakan pelbagai produk seperti Rumah Aspirasi Rakyat berteraskan konsep kos rendah yang dijual pada harga RM35,000 dan Rumah Idaman Rakyat yang dijual pada harga RM250,000. - Bernama
Sebanyak 892 Unit RMR1M Telah Dibina di Sarawak Dalam Tiga Tahun Lepas Sebanyak 892 Unit RMR1M Telah Dibina di Sarawak Dalam Tiga Tahun Lepas Reviewed by Salfian Nawawi on April 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.