SIBU: Bagai haruan makan anak, begitulah sikap keji seorang bapa yang ditahan polis kerana perbuatan terkutuknya merogol anak sendiri, berusia 12 tahun di Song.
Menurut maklumat polis, kejadian hina itu terungkai apabila ibu mangsa pulang dari pekan Song sekitar jam 7.30 pagi, pada 1 April lalu.
Terbeliak mata si ibu apabila mendapati suami dan anak perempuannya berada dalam keadaan tanpa seurat benang di dalam bilik.
Si ibu curiga sesuatu yang buruk berlaku, kemudian bertindak menyoal anaknya.
Difahamkan, mangsa memberitahu ibunya bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sebanyak tiga kali termasuk dua kali pada tahun lalu selain pada hari tersebut.
Kesal dengan perbuatan suaminya, si ibu membawa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Song pada 2 April lalu.
Difahamkan, si ibu menemani anak perempuannya menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Sibu.
Bertindak daripada maklumat, polis menahan suspek (ayah mangsa) kelmarin.
Suspek kini menjalani perintah reman semalam sementara menunggu siasatan lanjut kes. - UB
Bapa Rogol Anak Ditahan Polis
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 08, 2015
Rating:
No comments: