KUCHING: Demi menyelamatkan nyawa rakan, seorang gadis sanggup menggadai nyawa dengan menahan tetakan pedang yang cuba dihayunkan seorang perompak ke arah rakannya dalam satu kejadian di sebuah rumah sewa atas kedai di Pending, di sini.
Insiden sekitar jam 9 malam itu berlaku apabila lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh tersebut dipercayai tidak berpuas hati apabila kedua-dua gadis dalam lingkungan awal 20-an itu hanya mempunyai duit puluhan ringgit selepas diminta menyerahkan wang kepadanya.
Suspek kemudian dikatakan cuba melibaskan pedang Samurai itu ka arah rakannya namun mangsa yang berusia 24 tahun sempat menahan senjata tajam tersebut sehingga menyebabkan kecederaan di telapak tangan kanannya.
Lelaki itu juga dikatakan sempat mengambil beberapa barang seperti alat pembesar suara (speaker) dan kamera sebelum melarikan diri menggunakan motosikal.
Mangsa dan rakannya telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak sekitar jam 11 malam.
Laporan polis juga telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. - UB
Gadis Cedera Selepas Halang Perompak Tetak Rakan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 08, 2015
Rating:
No comments: