KUALA LUMPUR: Wisma Putra masih menunggu laporan penuh dan enggan mendedahkan maklumat mengenai seorang wanita rakyat Malaysia yang ditahan Biro Kawalan Narkotik Polis Nepal selepas disyaki membawa 11 kilogram dadah jenis kokain di Lapangan Terbang Tribhuvan di Kathmandu, Jumaat lalu.
Jurucakap Wisma Putra berkata, pihaknya masih belum dapat mengesahkan kejadian itu dan sekiranya ianya berlaku, keluarga mangsa perlu dimaklumkan terlebih dahulu.
“Kami tidak dapat mengesahkan kejadian untuk setakat ini dan masih menjalankan siasatan.
“Sekiranya perkara tersebut berlaku, keluarga wanita tersebut akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi.
Portal ekantipur.com melaporkan wanita berusia 36 tahun dari Seremban, Negeri Sembilan ketika mahu menuju ke Rom, Itali melalui Doha.
Portal ekantipur.com melaporkan wanita tersebut yang berusia 36 tahun itu ditahan pada malam Jumaat lalu ketika mahu menuju ke Rom, Itali melalui Doha.
Difahamkan, kokain yang dianggarkan bernilai RM9.5 juta (Rs160 juta) disembunyikan dalam lima beg komputer riba dipercayai untuk dijual di pasaran antarabangsa.
Portal melaporkan, wanita tersebut menggunakan laluan Nepal buat pertama kali setelah berkunjung ke Brazil dari Malaysia pada 15 Mac lalu.
Jurucakap Polis berkata, wanita tersebut mengakui membawa dadah dari Brazil ke Nepal melalui New Delhi dari Malaysia.
Difahamkan, wanita tersebut diberikan tempat tinggal di sebuah apartmen di Lazimpat. - RakyatPost
Wanita Malaysia Seludup 11 Kilo Kokain Di Nepal Ditahan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 06, 2015
Rating:
No comments: