KUALA LUMPUR: Lions XII muncul juara baharu Piala FA selepas menewaskan Kelantan 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Wakil dari Singapura itu mengesahkan kejuaraan pada edisi kali ini menerusi jaringan Faris Ramli pada minit ke-6 dan dua gol daripada pemain simpanan, Shahil Suhaimi, minit ke-80 dan sepakan penalti minit ke-90.
Kelantan bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi Wan Zack Haikal tapi usaha itu belum cukup untuk mengubah nasib anak didik Azraai Khor Abdullah.
Barisan pemain
KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Norhafiz Zamani Misbah, Jonathan Mc Kain (Farisham Ismail), Nik Shahrul Azim Ab Halim, Amirridzwan Taj Tajudin, Mohd Nor Hazrul Mustafa, Mohd Badhri Radzi (Kapten), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Wan Zack Haikal Wan Nor (Iwuji Amamchi), Erwin Carillo, Gilmar Jose Da Silva.
Lions XII: Muhammad Izwan Mahbud (Kapten), Madhu Mohanna, Gabriel Quak Jun Yi (Christopher James Van Huizen), Muhd Hafiz Abu Sujad, Muhd Khairul Nizam Kamal (Mohd Sahil Suhaimi), Muhd Nazrul Ahmad Nazari, Muhd Izzdin Shafiq Yacob, Muhammad Faris Ramli, Mohd Khairul Amri Mohd Kamal (Muhd Firdaus Kasman), Muhd Safuwan Baharudin, Muhd Zulfahmi Mohd Arifin.-BH
Piala FA: Lions XII Juara Baharu Benam Kelantan 3-1
Reviewed by Unknown
on
May 24, 2015
Rating:

No comments: