Seo Services

Projek Perumahan Kampung Datu Baru Bukti Kerajaan Komited Bantu Rakyat


SIBU: Pelancaran Projek Perumahan Kampung Datu Baru, Sibu menjadi bukti jelas Kerajaan Negeri komited membantu masyarakat Kampung Datu dan Kampung Hilir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee berkata setiap apa yang dirancang untuk penduduk Kampung Datu sejak dua tahun dahulu bukan satu perancangan tetapi menjadi satu realiti.

“Apa juga perancangan, mustahil dapat dilaksanakan dengan sekelip mata. Setiap perancangan harus dilakukan dengan penuh teliti dan mengambil kira banyak perkara khususnya kewangan dan kebaikan secara keseluruhan,” katanya pada Majlis Pelancaran Projek Perumahan Kampung Datu Baru, Sibu yang disempurnakan Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di sini semalam.

Beliau yang sering menerima kritikan berhubung isu penempatan mangsa kebakaran Kampung Datu mengambil pendekatan tidak mahu menyahut fitnah ataupun tohmahan tersebut.

“Walaupun saya banyak menghadapi pelbagai cakap-cakap tepi jalan, mengatakan tiada usaha langsung membantu kebajikan penduduk Kampung Datu dan Hilir ini.

“Namun, saya tidak mahu menyahut fitnah ataupun tohmahan tersebut tetapi biarlah kenyataan bercakap dengan sendiri,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menggesa penduduk agar bersatu padu ketika menghadapi masalah supaya jalan penyelesaian dapat ditemui.

“Tidak perlulah sesuatu masalah itu mengakibatkan kita berpecah-belah, bermakian dan memfitnah kerana itu bukan budaya kita,” ujarnya.

Beliau juga meminta kerjasama pihak media supaya meneliti sesuatu isu sedalam-dalamnya sebelum menyebarkannya kepada masyarakat umum.

“Jika saya ingin mengungkit perkara yang berlaku selama dua tahun ini, pertamanya isu surau. Mengatakan tanah surau akan dirampas, sekarang terbukti tanah surau tersebut tidak dirampas.

“Jadi, saya minta kepada rakan-rakan media supaya pastikan fakta tersebut betul terlebih dahulu sebelum disebarkan.

“Kerana kita tidak mahu terlibat dalam penyebaran fitnah,” katanya. - UB
Projek Perumahan Kampung Datu Baru Bukti Kerajaan Komited Bantu Rakyat Projek Perumahan Kampung Datu Baru Bukti Kerajaan Komited Bantu Rakyat Reviewed by Salfian Nawawi on May 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.