KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (MMEA) menjalankan usaha mencari dan menyelamat terhadap bot-bot pendatang Rohingya untuk mengelak kehilangan nyawa.
"Saya telah mengarahkan @tldm_rasmi (RMN) dan APMM (MMEA) menjalankan usaha mencari dan menyelamat bot-bot Rohingya ini. Kita harus mengelakkan kehilangan nyawa," katanya dalam laman Twitter @NajibRazak hari ini.
Semalam, Najib mengarahkan RMN dan MMEA untuk menolong MERCY Malaysia menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada pendatang Rohingya sama ada melalui laut atau darat.
Dilaporkan sebanyak 1,158 pendatang Bangladesh dan Rohingya dari Myanmar, termasuk wanita dan kanak-kanak, mendarat secara haram dengan bot di Langkawi, Kedah pada 10 Mei, yang dilaporkan jumlah terbesar setakat ini.
Laporan media mendakwa terdapat lebih 8,000 pendatang Rohingya dan Bangladesh yang masih berada di laut dalam usaha mereka untuk masuk secara haram ke Malaysia, Indonesia dan Thailand. -BERNAMA
#RMK11 Najib Arah Usaha Mencari Dan Menyelamat Bot Rohingya
Reviewed by uMieySurianie
on
May 21, 2015
Rating:

No comments: