Seo Services

Tidak Boleh Menjalin Hubungan Dengan Rakan Sepejabat?


Notis larangan dan syarat bercinta dengan rakan sekerja yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat tersebar di laman sosial.

Difahamkan, notis itu dikeluarkan oleh Eco-Shop Sdn Bhd, semalam yang ditujukan kepada semua kakitangannya.

Dalam notis itu, syarikat itu melarang keras kakitangannya yang sudah berkahwin, bercinta atau berkahwin dengan rakan sekerja walaupun pekerja tersebut masih bekerja atau sudah berhenti kerja.

Bagi kakitangan yang masih bujang pula dilarang mempermainkan perasaan orang lain.

Contohnya, bercinta atau menjalinkan hubungan samar-samar dengan dua orang atau ke atas pada masa yang sama, selain dari dilarang bercinta dengan suami/isteri orang.

Mana-mana kakitangan yang didapati melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan disiplin.

Sudah tentunya peraturan seperti ini diterima oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya isteri-isteri di luar sana.

Namun, notis ini menimbulkan tanda tanya netizen. Apakah notis ini dikeluarkan oleh seorang janda? Tidak kurang pula yang mempertikaikan peraturan 'karut' ini yang dianggap sengaja menolak jodoh yang ditentukan Tuhan.- sumber
Tidak Boleh Menjalin Hubungan Dengan Rakan Sepejabat? Tidak Boleh Menjalin Hubungan Dengan Rakan Sepejabat? Reviewed by Unknown on May 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.