Seo Services

Adenan Sokong PM, Zainudin Maidin Pula Yang Naik Minyak?


KUCHING: Kenyataan bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin yang mendakwa, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem menjadi Ketua Menteri Sarawak adalah kerana "hasil sumbangan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad" tiada relevan langsung malah dilihat sebagai satu propaganda murahan.

Ianya adalah susulan dari sokongan terbuka Adenan dan Sarawak baru-baru ini kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan luahan Adenan terhadap "Sarawak yang kurang mendapat perhatian dari Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini termasuk pada era Tun Mahathir Mohamad."

Zainuddin, yang dipetik dari sebuah portal sebagai berkata, Tun Mahathir memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik di negeri ini dan menyokong bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (yang kini telah dilantik Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak).

"Mahathir juga memainkan peranan penting juga dalam mengekalkan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dan antara banyak sumbangannya adalah menghalang UMNO untuk masuk ke Sarawak walaupun tekanan yang besar untuk berbuat demikian," katanya lagi.

"Dan sekiranya Tun Mahathir tidak berbuat demikian, Adenan tidak mungkin menjadi Ketua Menteri Sarawak hari ini," kata Zainuddin lagi.

Bagi penulis, kenyataan Zainuddin jelas menunjukkan beliau dalam keadaan begitu terdesak dan kecewa.

Kestabilan politik yang dinikmati oleh Sarawak selama beberapa dekad lepas hinggalah ke saat ini adalah kerana kebijaksanaan pemimpin negeri ini dan sifat semulajadi rakyatnya yang cintakan keharmonian dan perpaduan biarpun dari pelbagai kaum dan berlainan agama.

UMNO tidak dapat masuk ke Sarawak adalah kerana rakyat Sarawak sendiri yang tidak mahukan UMNO, lebih-lebih parti UMNO dilihat tidak sesuai bagi negeri Bumi Kenyalang ini yang mempunyai pelbagai kaum dan ethniknya yang tersendiri.

Dakwaannya mengenai Tun Mahathirlah yang menghalang UMNO untuk masuk ke Sarawak juga tidak tepat kerana setahu penulis, terdapat beberapa percubaan untuk membawa UMNO ke Sarawak semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri namun kesemua percubaan tersebut gagal kerana bantahan rakyat Sarawak sendiri.

Perlantikan Adenan juga sebagai Ketua Menteri Sarawak tiada berkaitan langsung dengan Tun Mahathir kerana beliau dipilih dengan sebulat suara dan persetujuan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Jadi, biarpun sekecewa mana pun, tak perlulah Zainuddin nak naik minyak dan mendakwa yang bukan-bukan, lagipun, sepertimana yang Adenan telah nyatakan, rakyat Sarawak bijak membuat penilaian siapa pemimpin yang "eksen" (berpura-pura) dan rakyat Sarawak juga tahu menghargai sesiapa yang betul-betul ikhlas kepada mereka. - Sarawakiana

Adenan Sokong PM, Zainudin Maidin Pula Yang Naik Minyak? Adenan Sokong PM, Zainudin Maidin Pula Yang Naik Minyak?  Reviewed by Salfian Nawawi on June 05, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Ini Mamak Midin,kami dekat Semenanjung pun tak pandang dan tak mahu dengar apa yg dia merepek.Budak tadika pun boleh ketawa sama dia.Dia dulu betul lah ,boleh jadi menteri kerana Mahahtir,kalau tak kerana Mahahtir dia hnya layak jadi pembaca proof.Kebolehan dia hanya membodek Mahathir,itulah satu-satunya kelayakan yg membolehkan dia memegang jawatan menteri .

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.