Seo Services

Artis Hip Hop Saman Syarikat Penerbangan, Paksa Merangkak


SAN DIEGO – Akibat dipaksa merangkak untuk menaiki pesawat, seorang artis hip hop yang berkerusi roda tekah menyaman American Airlines sebanyak RM430,000 bagi mengajar syarikat penerbangan itu supaya menghormati pelanggan mereka terutama golongan kurang upaya.

Theresa Purcell ketika itu dalam perjalanan ke pintu masuk peawat dari San Diego apabila kakitangan di situ memberitahu ia terlalu lambat untuk membolehkan mereka menyediakan laluan untuk kerusi roda.

Sebaliknya Purcell diminta turun dari kerusi rodanya dan merangkak ke tempat duduknya.

Meskipun syarikat penerbangan itu sudah meminta maaf namun Purcell tidak berpuas hati kerana dimalukan sedemikian rupa.

“Saya ingin memastikan kejadian sama tidak berulang lagi, Saya dimalukan di hadapan kira-kira 50 penumpang yang lain yang menyaksikan bagaimana saya merangkak untuk ke tempat duduk,” katanya.

Purcell kerap menggunakan kapal terbang namun ini adalah kali pertama dia menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan American Airlines. – Mynewshub.cc


Artis Hip Hop Saman Syarikat Penerbangan, Paksa Merangkak Artis Hip Hop Saman Syarikat Penerbangan, Paksa Merangkak Reviewed by uMieySurianie on June 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.