KUALA LUMPUR: Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengesahkan bahawa pelumba negara Muhammad Zamri Baba terlibat kemalangan semasa Perlumban 1 600cc SuperSports di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia.
Menurut kenyataan itu, FIM berkata Muhammad Zamri, 31, yang mewakili MuSASHI Boon Siew Honda Racing dilanggar oleh seorang lagi pelumba selepas terbabas semasa Pusingan 2 Kejohanan Perlumbaan Motosikal FIM Asia Road 2015 semalam.
Muhammad Zamri segera dikejarkan ke hospital, sepuluh minit dari litar dan beliau kini masih diletakkan di bawah pengawasan perubatan, kata FIM.
Selain Muhammad Zamri, insiden kedua berlaku semasa Perlumbaan 2 600cc SuperSports selepas pelumba Indonesia M. Fadly Immammuddin daripada Astra Honda Racing berlanggar dengan pelumba Thailand, Jakkrit Sawangswat mewakili AP Honda Thailand selepas melepasi garisan penamat.
Kedua-dua penunggang mengalami kecederaan kaki pelbagai dan juga segera dihantar ke hospital dan mereka sekarang menerima rawatan.
Pihak pengurusan dan penganjur Kejuaraan Motosikal Asia FIM 2015 (ARRC) di Sentul meminta semua pihak sama-sama berdoa supaya kedua-dua pelumba segera sembuh.- BERNAMA
Zamri Baba Terlibat Kemalangan Di Litar Sentul - FIM
Reviewed by Unknown
on
June 08, 2015
Rating:
No comments: