RANAU: Suasana pilu menyelubungi kediaman malim Gunung Kinabalu, Valerian Joannes, 27, di Bundu Tuhan, di sini, hari ini.
Orang ramai termasuk dari luar daerah Ranau hadir untuk memberi penghormatan terakhir terhadap malim gunung itu yang terkorban dalam kejadian gempa bumi Jumaat lalu.
Turut hadir, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun yang mengambil kesempatan untuk bertemu keluarga mendiang untuk memberi kata-kata semangat dan sokongan.
Mayat mendiang dibawa ke Gereja St Pius sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Katolik Bundu Tuhan, tengah hari ini.-BH
Suasana Pilu Pengebumian Malim Gunung
Reviewed by Unknown
on
June 08, 2015
Rating:
No comments: