SEOUL – Kementerian Kesihatan Korea Selatan mengumumkan bahawa dua orang meninggal dunia akibat Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), menurut agensi berita Yonhap.
Menurut Yonhap, seorang wanita berusia 58 tahun yang meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan malam tadi didapati positif MERS, menjadikan beliau korban pertama akibat virus itu di Korea Selatan.
Mangsa kedua ialah lelaki berusia 71 tahun yang disahkan dijangkiti virus itu pada 28 Mei lalu. Yonhap tidak menyatakan bila lelaki itu meninggal dunia. – AFP
Dua Maut Akibat MERS Di Korea Selatan
Reviewed by uMieySurianie
on
June 02, 2015
Rating:
No comments: