BUSAN: Seorang lelaki Korea menyamar menjadi teman wanita kepadanya lebih dari dua minggu bagi mengelak ditangkap polis selepas membunuh teman wanitanya itu gara-gara kerana cemburu.
Lee, 24, dikatakan membunuh teman wanitanya, Sunny Kim, 26, kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa Kim mahu mengakhiri perhubungan mereka.
Lee juga telah menyamar menjadi Kim pada hari kejadian Kim dibunuh dengan menolak tawaran kerja yang ditawarkan kepada Kim atas alasan Kim bakal pulang semula ke Amerika Syarikat.
Lee dikatakan membalas setiap pesanan yang dihantar menerusi telefon bimbit Kim termasuk pesanan dari ahli keluarganya.
Namun kakak Kim mula hairan kerana telah lebih dua minggu tidak berjumpa Kim atau berjaya menghubunginya, hanya melalui pesanan ringkas.
Disebabkan faktor tekanan, Lee akhirnya menyerah diri kepada polis dan membuat pengakuan telah membunuh teman wanitanya itu. Polis berjaya menemukan mayat Kim yang ditanam dalam sebuah lubang sebelum disimen di bukit berhampiran rumah Kim. - Agensi
Elak Dicekup, Lelaki Menyamar Sebagai 'Kekasih' Sendiri
Reviewed by Unknown
on
June 26, 2015
Rating:

No comments: