Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah mengumumkan hari Isnin (8hb Jun 2015) sebagai Hari Berkabung untuk seluruh negeri Sabah.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar Pusat Media Ops Kinabalu di Kundasang hari ini.
Pada sidang media yang sama, Musa juga telah menyatakan Majlis Rumah Tadau Kaamatan yang sepatutnya berlangsung esok dibatalkan bagi menghormati nahas tragedi gempa bumi.
Gempa bumi berskala 6 Richter dikesan berlaku pada kedalaman 80 kilometer diperut bumi yang berkedudukan di 6.08 Utara dan 116.67 Timur di Sabah lebih kurang jam 7:15 semalam.
Gegaran berlaku sekitar daerah Ranau, Kota Marudu, Kota Belud, Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang dan Kudat.
Setakat ini, angka kematian akibat gempa bumi di Gunung Kinabalu kini telah disahkan berjumlah 19 orang dan operasi Mencari dan Menyelamat mangsa yang lain sedang dipergiatkan. - Sarawakiana
Hari Berkabung Memperingati Mangsa Gempa Bumi Sabah
Reviewed by Salfian Nawawi
on
June 06, 2015
Rating:
No comments: