Seo Services

LAKMNS Sumbang RM101,500 Kepada 1,844 Pelajar Di Kuching Sempena Ramadan


Kuching : Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) mula mengagih sumbangan wang tunai kepada 186 pelajar, daripada kalangan anak yatim dan 1,658 pelajar kurang mampu di 12 sekolah sekitar Kuching hari ini.

Majlis Sumbangan Derma Ramadan 1436H itu merupakan program tahunan LAKMNS khusus bagi membantu pelajar-pelajar yatim dan kurang mampu untuk menampung keperluan perbelanjaan sekolah di samping mengeratkan silaturahim dengan sekolah yang terlibat.

Lembaga itu dalam satu kenyataan di sini berkata pelajar dari kalangan anak yatim masing-masing akan menerima sumbangan wang tunai RM100 manakala kumpulan kurang mampu masing-masing RM50.

Pengagihan di lima sekolah iaitu SMK (A) Matang 2, Kolej Vokasional Matang, SM Sains, Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah dan SMK (A) Tun Ahmad Zaidi hari ini disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat LAKMNS Tan Sri Bujang Mohd Nor.

Penyampaian sumbangan pada Selasa dan Rabu, melibatkan tujuh sekolah lagi iaitu SK Tabuan, Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, SMK Matang Jaya, Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA), SMK Bako, SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, dan SMK (A) Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.

-- BERNAMA
LAKMNS Sumbang RM101,500 Kepada 1,844 Pelajar Di Kuching Sempena Ramadan LAKMNS Sumbang RM101,500 Kepada 1,844 Pelajar Di Kuching Sempena Ramadan Reviewed by Unknown on June 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.