Seo Services

Lelaki Bogel Ceroboh Kediaman Naib Presiden FAM Ditahan

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Sudarsono Osman
KUCHING: Seorang lelaki ditahan selepas menceroboh kediaman Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Sudarsono Osman, di Jalan Bako di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dikatakan memanjat pagar rumah dalam keadaan berbogel.

Dia kemudiannya bertindak memecahkan cermin dua kereta milik mangsa yang diletakkan di pekarangan rumah.

Suspek kemudiannya berjaya ditangkap tukang kebun yang bekerja di rumah mangsa, sebelum polis dihubungi untuk tindakan lanjut.

Jurucakap polis berkata, suspek yang dipercayai mengalami masalah mental itu akan direman, esok. - BH
Lelaki Bogel Ceroboh Kediaman Naib Presiden FAM Ditahan Lelaki Bogel Ceroboh Kediaman Naib Presiden FAM Ditahan Reviewed by Salfian Nawawi on June 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.