PENCIPTA fenomena ‘follow me to’, Murad Osman berkongsi perkhabaran dengan pengikut Instagramnya bahawa dia sudah berkahwin dengan kekasihnya, Natalie Zakharova, baru-baru ini.
Murad, warganegara Rusia merupakan perintis kepada siri koleksi gambar ‘follow me to’ yang kemudiannya menjadi fenomena di seluruh dunia.
Ciri-ciri gambar yang perlu ada dalam ‘follow me to’ ialah gambar yang dibidik Murad menunjukkan teman wanitanya menghulurkan tangan kepadanya untuk disambut bersama-sama pemandangan yang cantik di sekitar mereka.
Antara negara yang pernah dikunjungi pasangan ini adalah Amerika Syarikat, Indonesia, Hong Kong dan Singapura.
Menerusi gambar perkahwinan, Murad membuat kelainan apabila kali ini dia pula yang menghulurkan tangan untuk disambut oleh isterinya sebagai simbolik kepada kehidupan baharu mereka. – MYNEWSHUB.CC
Pencipta Fenomena ‘Follow Me To’ Kahwini Kekasih
Reviewed by uMieySurianie
on
June 10, 2015
Rating:
No comments: