Seo Services

PM Sedih Tragedi Kapal Peranginan Di China


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi melahirkan rasa sedih atas tragedi kapal peranginan China yang mengorbankan nyawa penumpang di Sungai Yangtze di wilayah Hubei semalam.

"Ingatan dan doa saya bersama kawan dan keluarga mereka yang berada di atas kapal itu," katanya menerusi akaun Twiter.

Mengikut laporan televisyen BBC, lima penumpang terkorban manakala ratusan lain hilang selepas kapal yang membawa 456 penumpang itu terbalik ketika ribut.

"Pihak berkuasa berkata sekurang-kurang 15 penumpang terselamat dan beberapa lagi ditemukan selamat dalam kapal yang tenggelam itu.

"Kapten dan ketua jurutera kapal itu yang terselamat telah ditahan," kata BBC.

Laporan itu menyebut kebanyakan mereka di kapal itu adalah pelancong berusia antara 50 hingga 80 tahun dan dalam perjalanan dari bandar timur Nanjing ke Chongqing di barat daya, iaitu perjalanan kira-kira 1,500km. - BERNAMA

PM Sedih Tragedi Kapal Peranginan Di China PM Sedih Tragedi Kapal Peranginan Di China  Reviewed by uMieySurianie on June 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.