![]() |
Gambar Hiasan |
MIAMI: Sebuah roket tanpa pemandu milik SpaceX meletup selepas beberapa minit dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida pada Ahad, sekali gus memberi tamparan kepada program angkasa lepas syarikat itu yang diterajui taikun internet, Elon Musk.
Kejadian itu adalah yang ketiga dalam tempoh kurang setahun membabitkan kapal angkasa Amerika Syarikat (AS) dan Rusia yang digunakan untuk menghantar bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Keadaan itu menyebabkan ramai bimbang mengenai aturan penghantaran bekalan makanan dan peralatan kepada angkasawan yang kini tinggal di orbit. Cuaca adalah baik sebelum pelancaran roket Falcon 9 yang dijadualkan pada jam 10.21 pagi (waktu AS).
Roket itu digunakan dalam misi rutin untuk memacu ke angkasa kapal kargo Dragon yang akan menjadi misi ketujuh bagi SpaceX.
Bagaimanapun, dua minit 19 saat selepas dilancarkan, pusat kawalan terputus hubungan dengan roket itu.
Imej langsung daripada webcast SpaceX menunjukkan kepulan asap sebelum cebisan roket itu kelihatan berguguran jatuh.
Webcast SpaceX senyap seketika selepas letupan itu. Tidak lama kemudian barulah pengulas SpaceX berkata, ada sedikit anomali dan menjelaskan roket itu sudah menghidupkan enjin Merlin kesembilannya dan mencapai kelajuan supersonik ketika ia meletup.
Musk menerusi Twitter menjelaskan Falcon 9 ada masalah sejurus sebelum fasa pemisahan antara roket dan kapal angkasa untuk memasuki orbit.
"Masalah nampaknya berkait dengan tekanan berlebihan dalam tangki cecair oksigen," kata Musk, seorang peminat tegar bidang aeroangkasa serta mengendalikan syarikat kereta elektrik, Tesla Motor. - AFP
Roket Falcon 9 SpaceX Meletup Selepas Pelancaran
Reviewed by uMieySurianie
on
June 29, 2015
Rating:

No comments: