Seo Services

Selfie Depan Kaabah Ganggu Jemaah Lain


MANAMA: Media sosial di Arab Saudi berdebat mengenai kegilaan terhadap perbuatan selfie yang disifatkan sudah melampau.

Ini berikutan aduan orang ramai bahawa mereka yang mengerjakan umrah di Masjidil Haram, Makkah menimbulkan masalah serius setiap kali berhenti mengambil selfie sehingga menyekat pergerakan jemaah yang lain.

"Saya menunggu 10 tahun untuk merakam detik istimewa ini sebaik dapat melihat Kaabah dan menunaikan umrah," kata seorang warga Pakistan, Abdul Rahman Yaseen.

Nur Eddeen Husain berkata, dia tidak berniat menyusahkan jemaah yang lain sebaliknya hanya mahu merakam semua aktivitinya sepanjang umrah.

"Ia peluang sekali seumur hidup dan saya mahu menyimpan kenangan berkenaan," katanya yang dipetik oleh laman berita Arab, Sabq.

Bagaimanapun, sebahagian warga Saudi beranggapan trend selfie sudah berubah daripada wadah ekspresi diri kepada satu godaan yang sukar dikawal serta menyusahkan jemaah lain. Seorang blogger yang dikenali Citizen berkata:

"Orang pergi ke Masjidil Haram mencari ketenangan dan memanfaat setiap detik untuk menyembah Allah, bukan untuk mengambil gambar." - Agensi
Selfie Depan Kaabah Ganggu Jemaah Lain Selfie Depan Kaabah Ganggu Jemaah Lain Reviewed by Unknown on June 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.