Seo Services

Sempena Ulang Tahun, TMJ Dapat Hadiah Jet


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet daripada ayahandanya, Sultan Ibrahim sempena hari keputeraanya yang ke 31 hari ini.

Perkara tersebut dikongsi di laman Facebook Johor Southern Tigers dengan beberapa foto yang dimuatnaik menunjukkan TMJ bergambar bersama ayahandanya di hadapan jet tersebut.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya," tulisnya di laman sosial Facebook itu.

Dalam pada itu, Tunku Ismail juga akan mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.

"Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat," tulisnya lagi.

- Sinar Harian
Sempena Ulang Tahun, TMJ Dapat Hadiah Jet Sempena Ulang Tahun, TMJ Dapat Hadiah Jet Reviewed by Unknown on June 30, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.