Seo Services

TBS Hulur RM271,000 Untuk Masjid Dan Surau


KUCHING: Sarawak mengalami banyak perubahan dari tahun ke tahun yang menjurus kepada kebaikan yang terdapat dikalangan umat Islam.

Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg berkata, perubahan ini berlaku adalah disebabkan adanya perpaduan yang kukuh di kalangan pemimpinan Islam dan juga masyarakat Islam Itu sendiri.

“Selain itu, kita melaksanakan tugas-tugas dengan sempurna adalah untuk menyemarakkan lagi ajaran Islam lebih-lebih lagi dalam membangunkan masjid dan surau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Aidilfitri Fakir Miskin Dan Sumbangan Masjid, Surau Daerah Kuching/Bau yang dianjurkan oleh Tabung Baitumal Sarawak (TBS) di Dewan Kompleks Islam, Jalan P.Ramlee, Kuching hari ini.

Johari turut menyatakan, dengan adanya keadaan yang sedemikian, ia menjadi satu landasan bagi komuniti Islam di Sarawak untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T.

Pada majlis tersebut, sejumlah RM271,000 telah disampaikan kepada 271 buah masjid dan surau di Daerah Kuching dan Bau untuk aktiviti-aktiviti mereka di sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Ia juga diharapkan boleh memberi galakan kepada masyarakat Islam dalam usaha pengimarahan masjid dan surau .

Pada majlis yang sama, seramai 20 orang penerima bantuan dari sekitar Kuching yang telah menerima Bantuan Aidilfitri Fakir Miskin

Pada tahun ini sahaja TBS turut mempunyai pelbagai jenis bantuan lain di bawah tiga program utamanya Progran Mengukuhkan Tradisi Kelimut (PMTK), Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) dan Program Membangunkan Institusi Islam (PMII).

Pada tahun 2014, melalui ketiga-tiga program utama ini, TBS telah mengagihkan sejumlah RM40.5 juta kepada penerima yang layak.

Manakala, untuk tahun ini, sehingga 23 Jun 2015, TBS telah mengagihkan sejumlah RM20.9 juta melalui program yang sama. - Sarawakiana
TBS Hulur RM271,000 Untuk Masjid Dan Surau TBS Hulur RM271,000 Untuk Masjid Dan Surau Reviewed by uMieySurianie on June 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.