Seo Services

Empat Ekor Kerbau ‘Menunggu’ Graduan Penan


MIRI: Sebanyak empat ekor kerbau bakal ‘menunggu’ pelajar-pelajar kaum Penan di Baram yang akan pulang dengan segulung ijazah atau diploma di tangan mereka dalam tempoh empat tahun akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang melontarkan cabaran tersebut kepada pelajar-pelajar Penan di Baram sebagai salah satu usaha dan galakan kepada mereka agar menyertai Institut Pendidikan Guru (IPG) tahun ini.

Beliau amat menaruh hara-pan agar pelajar-pelajar ter-babit apabila mereka tamat pengajian nanti, sama ada memperolehi diploma mahu-pun ijazah atau lebih tinggi mereka kembali semula ke kampung halaman mendidik generasi muda dan membawa bangsa mereka sendiri keluar daripada kepompong kemiskinan dan seterusnya menjadi masyarakat yang memiliki pendidikan.

“Selepas tamat pengajian mereka ditempatkan di sekolah-sekolah yang majo-ritinya kaum Penan kerana merekalah orang yang lebih memahami keperluan dan mudah mendekati kaum mereka sendiri.

“Selain itu, kanak-kanak kaum Penan lebih menerima dan ‘mendengar’ mereka. Malah, saya mahu mereka menjadi mentor dan inspirasi kepada generasi muda kaum Penan sendiri,” katanya pada lawatan kerja ke Pusat Khidmat Luar Bandar Penan Long Beruang di Hulu Baram.

Menteri Pembangunan Luar Bandar itu berkata, se-bagai memberi motivasi kepada guru-guru pelatih kaum Penan dan pelajar Penan lain agar mencapai tahap pendidikan tertinggi, beliau berjanji memberi mereka seekor kerbau bernilai RM3,500 sebagai insentif kepada mereka yang memperolehi diploma, ijazah mahupun kelayakan pencapaian pendidikan tertinggi.

Turut menyertai janji Jabu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau.

Sementara itu, masyarakat Penan di Long Beruang amat bernasib baik kerana dilengkapi kemudahan seperti pusat khidmat tersebut yang bukan untuk kemudahan mereka tetapi membantu meningkatkan kualiti dan standard hidup mereka dan masyarakat sekitarnya.

Pusat Khidmat Luar Bandar Penan Long Beruang dilengkapi dengan kemudahan kesihatan, bengkel mendidik masyarakat Penan dengan kegiatan ekonomi rumah tangga seperti kraf tangan untuk menambah pendapatan selain tadika untuk pra- sekolah dan Internet.

“Semua kemudahan di pusat khidmat itu menunjukkan komitmen kerajaan membawa perubahan dalam kualiti dan standard hidup kaum Penan menerusi pendidikan, ekonomi dan kesihatan,” jelas Jabu.

Sempena lawatan itu, Jabu melancarkan projek ternakan ayam untuk masyarakat Penan di kawasan tersebut.

Komuniti terbabit dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 23 keluarga dan masing-masingnya menerima 200 ekor anak ayam di bawah projek Jabatan Pertanian Sarawak.

Melalui projek pembangunan itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM30,000 dengan setiap kumpulan menerima RM10,000 dalam bentuk bahan-bahan seperti baja ayam, bahan binaan reban dan sebagainya.

Bagi memastikan kelancaran dan kejayaan projek itu, jabatan tersebut mengadakan lawatan dari semasa ke semasa bagi memeriksa keadaan, kesihatan dan perkembangan anak-anak ayam terbabit agar ia membesar dengan sihat.

Apabila sudah matang, mereka boleh menjual ayam-ayam tersebut dan memberi pendapatan sejumlah RM5,800 sebulan.

Sehubungan itu, Jabu mencadangkan kumpulan masing-masing membuka akaun mereka dan seterusnya menjalin kerjasama serta membahagi semua hasil keuntungan atau perolehan secara adil dan sama rata.

Dengan demikian ia dapat mengelak mereka menyimpan ‘terus ke dalam saku’ masing-masing.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Datu Dr Ngenang Jangu, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Datu Lai Kui Fong dan Pengerusi Ketua Eksekutif (CEC) Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot. - UB
Empat Ekor Kerbau ‘Menunggu’ Graduan Penan Empat Ekor Kerbau ‘Menunggu’ Graduan Penan Reviewed by Salfian Nawawi on July 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.