ATHENS : Masalah kewangan Greece semakin meruncing selepas pergantungannya kepada program menyelamat sejak lima tahun lalu tamat malam tadi dan negara itu gagal melunaskan ansuran kepada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).
Kemungkiran pembayaran ansuran hutang itu juga bermakna nasib Greece dalam kesatuan zon euro, kumpulan negara yang menggunakan mata wang tunggal euro, seperti telur di hujung tanduk.
Kegagalan Greece membayar kira-kira 1.6 bilion euro (RM6.7 bilion), menjadikannya ekonomi maju pertama yang mungkir melunaskan hutang kepada IMF. Negara terakhir yang gagal membayar hutang adalah Zimbabwe pada 2001.
Greece cuba memanjangkan tempoh menyelamat itu tetapi menteri kewangan dalam zon euro berkata, cadangan itu terlalu suntuk menjelang tarikh tutup pakej itu pada 30 Jun. - AP
Gagal Bayar Hutang IMF, Greece Kini Setara Zimbabwe
Reviewed by Unknown
on
July 01, 2015
Rating:

No comments: