Seo Services

Felda Bina Lebih Banyak Rumah Generasi Kedua - PM

Foto: Aswadi Alias

KUALA NERUS: Datuk Seri Najib Razak berkata Felda akan terus membina lebih banyak rumah untuk generasi kedua dengan harga antara RM60,000 dan RM70,000 seunit.

Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2015 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, di sini sebentar tadi.

"Sebelum ini, kita umumkan harga rumah yang ditawarkan, diturunkan daripada RM120,000 kepada RM90,000.

"Sekarang kita akan membina dalam lingkungan RM60,000 dan RM70,000," katanya.

Beliau berkata, penurunan harga itu boleh ditawarkan dengan mengurangkan sedikit spesifikasi seperti keluasan dan kemasan.

Katanya, rumah berkenaan akan ditawarkan secara sewa beli selepas kerajaan prihatin terhadap keperluan warga Felda.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut mengumumkan kejayaan Program Dana Khas Pelajar Cemerlang Felda melalui pencapaian 11 anak, cucu dan kakitangan Felda yang berjaya mendapat tempat di beberapa universiti terkemuka di luar negara.

"Malah, tiga daripadanya akan mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Royal College Surgeon, Ireland," katanya. - BH

Felda Bina Lebih Banyak Rumah Generasi Kedua - PM Felda Bina Lebih Banyak Rumah Generasi Kedua - PM Reviewed by uMieySurianie on August 30, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.