Seo Services

Banduan Terperangkap Dalam Terowong


Brasilia: Seorang banduan terperangkap di hujung terowong ketika cuba melarikan diri dari penjara.

Maycon Souza da Silva dan rakan banduannya Rafael da Silva Costa menggali terowong berkenaan dalam cubaan untuk melarikan diri dari penjara di Rio Grande do Norte, timur laut Brazil.

Souza da Silva tidak dapat meloloskan dirinya apabila tiba di hujung terowong berkenaan.

Video yang dirakam polis menunjukkan kepala Souza da Sila terjulur dari lubang terowong itu.

Walaupun rakannya da Silva Costa berjaya meloloskan diri, dia ditangkap di hutan berhampiran tidak lama selepas kejadian. - Agensi
Banduan Terperangkap Dalam Terowong Banduan Terperangkap Dalam Terowong Reviewed by uMieySurianie on September 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.