KUCHING: Kerajaan akan sentiasa memastikan segala bantuan pendidikan yang ditujukan kepada Sarawak harus dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pendidikan II Kamalanathan P. Panchanathan berkata, kerajaan akan memastikan pelan pembangunan pendidikan di negeri ini dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan ke atas murid-murid yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sempena lawatannya di SK Gita 2, Kuching di sini sebentar tadi.
Kamalanathan berkata, selain memberi perangsang kepada pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR, lawatan beliau juga melihat sekiranya ada keperluan tambahan sekolah yang perlu dipertimbangkan.
"Lawatan hari juga sebenarnya melihat mana-mana keperluan dan bagaimana kita di kerajaan pusat memastikan segala keperluan dapatdi selenggara dari masa ke semasa," katanya lagi.
Ditanya mengenai samaada terdapat cuaca jerebu menjejaskan mana-mana sekolah di Malaysia, Kamalanathan menyatakan pihak sentiasa memantau bacaan index IPU bagi keadaan jerebu.
"Syukur, setakat ini belum ada sekolah yang ditutup kerana terjejas dengan jerebu namun kita alan ambil semua langkah untuk mengatasi perkara ini sekiranya berlaku," katanya lagi.
Terdahulu, Kamalanathan berucap kira-kira 15 minit memberi tips dan peransang bagi 113 murid darjah 6 SK Gita 2 yang bakal menduduki UPSR.
Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah dan gurubesar SK Gita 2 Ismail Husin. - Sarawakiana
Kerajaan Pusat Beri Perhatian Pendidikan Di Sarawak
Reviewed by Salfian Nawawi
on
September 09, 2015
Rating:

No comments: