Seo Services

Mayat Bayi Dalam Plastik Digantung Di Pagar Masjid


KUANTAN: Mayat seorang bayi perempuan ditemui tergantung dalam bungkusan plastik di pagar belakang Masjid Jerantut Feri awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azid Ismail berkata, pihak polis menerima maklumat berkenaan perkara itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

"Orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak plastik tersebut," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bayi itu cukup sifat tetapi terdapat kesan lebam di tangan, punggung serta pahanya.-- Bernama
Mayat Bayi Dalam Plastik Digantung Di Pagar Masjid Mayat Bayi Dalam Plastik Digantung Di Pagar Masjid Reviewed by Unknown on September 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.