Seo Services

Ada Wakil Rakyat Anggap Ancaman IS Satu Sandiwara


Masih ada dalam kalangan masyarakat termasuk wakil-wakil rakyat di negara ini menganggap ancaman pengganas Islamic State (IS) satu sandiwara kerajaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan selain itu mereka menganggap IS hanya sekadar drama semata-mata.

"Itu sebab kita panggil semua wakil rakyat tidak kira daripada Pakatan Rakyat atau pemerintah untuk beri penerangan. Kalau mereka sengaja tidak mahu faham i feel sorry for them," ujarnya pada sidang media selepas majlis tertutup Forum Crime Matters Bersama Wakil Rakyat di sini semalam.

Majlis melibatkan wakil rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Perak itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, Masir Kujat.

Khalid seterusnya menambah, walaupun tidak ada penahanan berkenaan IS namun pihaknya memantau mereka yang terlibat bagi memastikan ia tidak menular.

"Tangkapan terbaharu tidak ada. Pelajar perempuan terbabit masih ditahan.. semua tangkapan (sama ada) yang balik dari Syria dan baru mahu pergi Syria masih ditahan, kita mahu memastikan mereka benar-benar tidak memberi ancaman kepada rakyat," jelasnya.

Dalam pada itu, Khalid tidak mahu ibu bapa memandang remeh keupayaan mereka yang terlibat dalam IS merekrut pengikutnya di negara ini.

"Apa yang penting rakyat khusus ibu bapa mesti faham keupayaan ahli-ahli IS ini mempengaruhi anak-anak muda (terutama melalui media sosial)," ujarnya.

Selain orang muda, pengaruh IS juga biasanya memperdaya ibu-ibu tunggal dan mereka yang bermasalah dalam hidup untuk berjuang di Syria atau menyerang di negara sendiri.

"Kita tahu berapa ramai rakyat Malaysia di sana (Syria) dan mereka mempengaruhi rakyat di sini buat serangan seperti serangan ke atas Kedutaan Amerika baru-baru ini," ujarnya.

Apa yang penting, katanya, polis akan terus membuat pemantauan dan berharap orang ramai memberi maklumat sekiranya mengetahui aktiviti pengganas di negara ini. - MG
Ada Wakil Rakyat Anggap Ancaman IS Satu Sandiwara Ada Wakil Rakyat Anggap Ancaman IS Satu Sandiwara Reviewed by Unknown on October 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.