Seo Services

Lagi Kes Bayi Dicampak Dari Tingkap


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bayi perempuan maut dicampak dari tingkap sebuah bangunan kediaman oleh ibunya sendiri menjadikan kes ketiga kematian dengan cara yang sama dalam tempoh tiga bulan.

Saksi memberitahu polis, ibu kepada bayi malang itu, Tenisha Fearon memengang anaknya, Junilah Lawrence keluar dari tingkap di kediaman mereka di Tiebout Avenue, the Bronx sebelum menjatuhkan bayi itu ke bawah.

Bayi berusia enam bulan itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital St Barnabas namun disahkan meninggal dunia sejam kemudian.

Fearon, 27, kini ditahan dan akan menjalani pemeriksaan mental di Bronx-Lebanon Hospital Center.

Memetik Daily Mail, tiga anaknya yang lain yang masing-masing berusia 10, lapan dan empat tahun turut berada di kediaman tersebut semasa insiden berlaku.

Sementara itu, saksi berkata, mereka terdengar jeritan dari suspek yang mengatakan "kita semua akan mati" sebelum mencampak anaknya itu.

Sebelum ini, seorang bayi yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tujuh sebuah bangunan kediaman di New York. - SH
Lagi Kes Bayi Dicampak Dari Tingkap Lagi Kes Bayi Dicampak Dari Tingkap Reviewed by uMieySurianie on October 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.