Seo Services

Air China Kembali Semula Ke KLIA Selepas Tiga Tahun


PUTRAJAYA – Penerbangan Air China, kembali semula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas terhenti selama tiga tahun.

Ketibaan penerbangan pertama syarikat China itu di KLIA adalah pada Ahad malam, menurut pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan hari ini.

Perkhidmatan baharu itu dengan kekerapan empat kali seminggu, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital akan beroperasi menggunakan pesawat Airbus A330-300.

“Kami gembira dengan perkhidmatan semula itu, ia menandakan keyakinan Air China mempunyai peluang pertumbuhan kukuh yang wujud dalam lingkungan pasaran Malaysia terutamanya berkaitan pelancong,” kata Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali. – BERNAMA
Air China Kembali Semula Ke KLIA Selepas Tiga Tahun Air China Kembali Semula Ke KLIA Selepas Tiga Tahun Reviewed by uMieySurianie on October 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.