Seo Services

Seorang Parah, Empat Cedera Kemalangan Di Jalan Sarikei-Saratok


SARIKEI: Pertembungan sebuah kereta Proton Wira dan Proton Saga di Kilometer 21, Jalan Sarikei-Saratok berhampiran simpang Selalang semalam menyebabkan seorang cedera parah manakala empat yang lain cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata mangsa yang cedera parah ialah seorang wanita berusia 44 tahun yang merupakan penumpang kereta Proton Wira.

“Dalam kejadian itu, kita difahamkan kereta Proton Wira dinaiki empat orang iaitu seorang pemandu dan tiga penumpang dalam perjalanan dari arah Saratok menuju ke Sarikei.

“Sementara itu, kereta Proton Saga pula dinaiki seorang pemandu sahaja dari bertentangan Sarikei menuju ke Saratok.

“Akibat pertembungan itu penumpang kereta Proton Wira tersepit di bahagian kaki dan memaksa bomba menggunakan RESQ TECH untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi dalam situasi jalan agak basah dan licin pada waktu kemalangan.

Menurut Suna, bomba mengambil masa 13 minit mengeluarkan mangsa tersepit.

“Semua mangsa cedera berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak perubatan Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan lanjut,” jelasnya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UB
Seorang Parah, Empat Cedera Kemalangan Di Jalan Sarikei-Saratok Seorang Parah, Empat Cedera Kemalangan Di Jalan Sarikei-Saratok Reviewed by Unknown on October 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.