Seo Services

Angka Kematian Gempa Bumi Afghanistan Cecah 345 Orang


ISLAMABAD (Pakistan): Gempa bumi kuat yang melanda Afghanistan dan sebahagian Pakistan pada Isnin lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya 345 orang maut, lapor CNN.

Gegaran yang berpusat di timur laut Afghanistan yang berukuran 7.5 magnitud itu turut menyebabkan lebih 1,800 orang.

Kebanyakan kematian dengan sekurang-kurangnya 225 orang dilaporkan di Pakistan berdekatan sempadan negara.

Keadaan tersebut disebabkan oleh kawasan gegaran yang dirasai di Pakistan lebih mempunyai kepadatan penduduk lebih tinggi berbanding Afghanistan.

Pihak berkuasa Pakistan dan Afghanistan mengukur skala kemusnahan dan memikirkan cara untuk memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas teruk akibat gempa, terutama di kawasan terpencil di pergunungan.-mStar
Angka Kematian Gempa Bumi Afghanistan Cecah 345 Orang Angka Kematian Gempa Bumi Afghanistan Cecah 345 Orang Reviewed by Unknown on October 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.