Seo Services

#Bajet2016 KDNK Malaysia Dianggar 4-5 peratus Pada 2016 - PM


KUALA LUMPUR: Ekonomi negara dijangka berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh tahun pertama 2015, dan dianggarkan berkembang 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berdasarkan perkembangan ini, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga dijangka berkembang pada kadar empat hingga lima peratus pada tahun 2016.

Katanya, pertumbuhan ini akan dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.

"Bagi eksport pula, pertumbuhan akan berlaku pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus.

Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus," katanya ketika membentangkan Bajet 2016 sebentar tadi. - BH

#Bajet2016 KDNK Malaysia Dianggar 4-5 peratus Pada 2016 - PM #Bajet2016 KDNK Malaysia Dianggar 4-5 peratus Pada 2016 - PM Reviewed by uMieySurianie on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.