Seo Services

#Bajet2016 : Kerja Menaik Taraf Jalan Telok Melano-Miri Dijangka Siap Tahun 2020


KUALA LUMPUR : Kerja menaik taraf jalan satu lorong sedia ada sepanjang 1,090 km dari Telok Melano ke Miri bagi Lebuhraya Pan-Borneo di Sarawak kepada jalan dua lorong dijangka siap menjelang 2020.

Pembinaan itu dijangka menelan belanja RM16.1 bilion, demikian menurut Laporan Ekonomi 2015/2016.

Projek itu merupakan sebahagian daripada projek pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo sepanjang 1,663km yang merentasi Sarawak ke Sabah, yang dilancarkan pada Mac 2015.

Menurut laporan itu, sehingga Ogos 2015, projek dari Simpang Nyabau ke Simpang Bakun di Teluk Melano sedang dibina dengan perbelanjaan RM58.6 juta.

Di samping itu, kerajaan akan terus melaksanakan Program Penyeragaman Harga barangan keperluan asas antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kos sara hidup penduduk di luar bandar dan pendalaman.

Menurut laporan itu, pelbagai inisiatif diperkenalkan termasuk subsidi pengangkutan, Program 1Malaysia 1Harga dan Mobile Kedai Rakyat 1Malaysia.

"Sehingga Julai 2015, sebanyak RM 38.6 juta dibelanjakan untuk negeri Sarawak bagi melaksanakan progam ini. Kerajaan juga telah membina 30 kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh Sarawak," kata laporan itu.

-- BERNAMA
#Bajet2016 : Kerja Menaik Taraf Jalan Telok Melano-Miri Dijangka Siap Tahun 2020 #Bajet2016 : Kerja Menaik Taraf Jalan Telok Melano-Miri Dijangka Siap Tahun 2020 Reviewed by Unknown on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.