Seo Services

#Bajet2016 11 Projek Bagi Meningkatkan Keselamatan Di ESSZone


KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 inisiatif dilaksanakan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) sehingga 11 Ogos ini dalam usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut, menurut Laporan Ekonomi 2015/2016.

Ia termasuk:

* Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)

* Menaik taraf Kem Pasukan Gerakan Khas Am (PGA) di Beluran

* Pangkalan maritim bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Semporna

* Pos pertahanan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lahad Datu

* Pembinaan tiga pangkalan keselamatan di Semporna dan Sandakan.

* Membeli kenderaan dan peralatan untuk operasi ESSCOM dan pasukan keselamatan lain

* Meningkatkan kapasiti radar.

* Mempertingkatkan kehadiran anggota keselamatan di kawasan ESSZONE.

* Membina kem ATM di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Di samping itu, kerajaan akan terus melaksanakan Program Penyeragaman Harga barangan keperluan asas antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kos sara hidup penduduk di luar bandar dan pendalaman.

Menurut laporan itu, pelbagai inisiatif diperkenalkan termasuk subsidi pengangkutan, Program 1Malaysia 1Harga dan Mobile Kedai Rakyat 1Malaysia.

"Sehingga Julai 2015, sebanyak RM 40.1 juta dibelanjakan untuk negeri Sabah bagi melaksanakan progam ini. Kerajaan juga telah membina 19 kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh Sabah,"kata laporan itu. - BERNAMA
#Bajet2016 11 Projek Bagi Meningkatkan Keselamatan Di ESSZone #Bajet2016 11 Projek Bagi Meningkatkan Keselamatan Di ESSZone Reviewed by uMieySurianie on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.