Seo Services

#Bajet20616 : Rancangan Bina 257,252 Unit Rumah Dirancakkan


KUALA LUMPUR : Usaha kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah terus dirancakkan tahun ini, dengan rancangan membina 257,252 unit rumah di seluruh negara.

Menurut Laporan Ekonomi 2014/2015, inisiatif berkenaan adalah:-

*Program Perumahan Rakyat 1Malaysia di bawah Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

- 210,000 unit dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000

- Keutamaan bagi isi rumah berpendapatan RM10,000

*Program Perumahan Rakyat

- 15,996 unit

- Keutamaan bagi kumpulan berpendapatan rendah dan penempatan semula setinggan.

* Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

- 2,183 unit

- Keutamaan bagi membantu nelayan, petani dan keluarga yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang.

* Rumah Idaman Rakyat

- 6,296 unit dengan 60 peratus daripadanya berharga di bawah RM250,000 dan 40 peratus lagi antara RM250,000 ke RM350,000.

- Keutamaan bagi golongan berpendapatan sederhana dan pembeli kali pertama

* Rumah Aspirasi Rakyat

- 11,872 unit

- Keutamaan bagi golongan belia untuk memiliki rumah pertama terutama mereka baharu bekerja.

* Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

- 10,905 unit

- Keutamaan penjawat awam.

Sementara itu, bagi membendung kenaikan harga rumah beberapa beberapa inisiatif telah dilaksanakan iaitu:-

* Menetapkan nisbah maksimum bagi pinjaman kepada nilai aset yang dibeli pada 70 peratus ke atas harta ketiga.

* Menetapkan tempoh maksimum pinjaman kepada 35 tahun daripada 45 tahun sebelum ini.

* Meningkatkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) daripada 15 peratus kepada 30 peratus bagi pelupusan hartanah dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun.

* Meningkatkan harga minimum hartanah daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi pembelian asing.

* Memansuhkan Skim Faedah Pemaju (DIBS)

-- BERNAMA
#Bajet20616 : Rancangan Bina 257,252 Unit Rumah Dirancakkan #Bajet20616 : Rancangan Bina 257,252 Unit Rumah Dirancakkan Reviewed by Unknown on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.