Seo Services

#Bajet2016 : Lebihan Dagangan Dijangka Lebih Tinggi


KUALA LUMPUR - Pada 2015, eksport kasar negara dijangka merosot 0.7 peratus dan import 1.2 peratus (2014: 6.3 peratus; 5.3 peratus), berikutan prospek pertumbuhan rakan dagangan utama tidak seimbang serta jangkaan harga rendah komoditi yang berterusan, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Bagaimanapun, lebihan dagangan dijangka lebih tinggi kepada RM85.3 bilion (7.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) (2014: 82.5 bilion; 7.5 peratus) berikutan penguncupan hasil eksport yang perlahan, kata MOF dalam Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan hari ini.

MOF berkata, walaupun China berdepan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, namun ia kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009.

Jumlah perdagangan dengan China kukuh 9.6 peratus seiring peningkatan 9.3 peratus eksport dan 9.8 peratus import (Januari - Ogos 2014 4.3 peratus; 0.9 peratus; 7.2 peratus).

Dalam mengukuhkan prestasi eksport, MOF berkata, Majlis Eksport Negara telah mengenal pasti enam strategi ke arah mencapai matlamat itu.

Strategi tersebut adalah menambah baik ekosistem prestasi eksport dengan menangani jurang ekosistem prestasi eksport dan menguruskan perdagangan dengan China yang mengambil kira agenda pembangunan baharu, peralihan amalan model perniagaan dan pelaburan.

Selain itu, ia juga perlu memaksimumkan peluang di kalangan Asean dan pasaran yang belum diteroka, meningkatkan rantaian nilai dan aktiviti hiliran, pengantarabangsaan perkhidmatan serta perubahan institusi dan pendekatan transformasi untuk mempromosi eksport.

Berdasarkan potensi nilai ditambah yang tinggi, kandungan import yang rendah atau keupayaan untuk meningkatkan input tempatan dan bidang pertumbuhan yang berpotensi, bidang eksport utama negara telah mengenal pasti 12 bidang tumpuan.

Antaranya elektrik dan elektronik, jentera dan kelengkapan, petrokimia dan komponen serta kelengkapan automotif. - Bernama
#Bajet2016 : Lebihan Dagangan Dijangka Lebih Tinggi #Bajet2016 : Lebihan Dagangan Dijangka Lebih Tinggi Reviewed by Unknown on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.