Seo Services

Bayi Disangka Anak Patung


Chigago (Amerika Syarikat): Seorang bayi berusia setahun terpaksa diselamatkan bomba selepas ditinggalkan di dalam pusat jagaannya apabila disangka anak patung.

Cornelius Jones, 32, terkejut apabila tiba di pusat jagaan itu 15 minit sebelum waktu tutupnya dan melihat anak perempuannya Journee ditinggalkan bersendirian dengan semua lampu ditutup dan pintu dikunci.

“Saya terlalu takut dan bimbang kerana dapat mendengarnya menangis sedangkan keadaan di dalam gelap gelita dan pintu berkunci.

“Saya menghubungi bomba dan selepas mereka menyuluh di dalam barulah saya dapat melihat Journee. Bomba kemudian terpaksa memecahkan pintu untuk mendapatkannya,” katanya.

Kejadian itu dirakam Jones menggunakan telefon bimbitnya. Rakaman itu menunjukkan keadaan gelap sebelum seorang anggota polis didengar memanggil Journee yang menyahut dengan tangisan.

Pengurus pusat jagaan kemudian tampil meminta maaf serta menjelaskan kejadian berlaku selepas seorang kakitangannya telah pasti semua yang ada di dalam bilik tersebut sudah keluar dan menyangka bayinya hanya anak patung.

Pusat jagaan itu kini sedang disiasat.
Bayi Disangka Anak Patung Bayi Disangka Anak Patung Reviewed by Unknown on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.