Seo Services

Chelsea Tumbang Lagi, Arsenal Turut Senasib


LONDON: Prestasi buruk dipamer Chelsea awal musim ini, berterusan apabila pasukan itu tersingkir pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris kepada Stoke City yang bermain 10 pemain, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan juara bertahan Piala Liga itu, tewas 5-4 menerusi sepakan penentuan dengan peledak sensasi mereka, Eden Hazard gagal menyempurnakan sepakan kelima pasukan berkenaan. Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas aksi masa tambahan.

Turut menerima nasib sama adalah pencabar utama saingan EPL, Arsenal, yang tewas mengejut dengan jaringan besar, 3-0 kepada pasukan dari saingan liga kedua, Sheffield Wednesday.

Barisan bimbingan Mourinho sebelum ini berdepan permulaan buruk dalam mempertahankan kejuaraan liga selepas tewas lima kali daripada 10 perlawanan setakat ini.

Dalam usaha untuk membangkitkan semula moral pemainnya selepas tewas 2-1 kepada West Ham Sabtu lalu, Mourinho menurunkan barisan terkuatnya dengan hanya dua muka baharu - Baba Rahman dan Mikel.

Namun tuan rumah lebih dulu di depan menerusi Jonathan Walters pada minit ke-52. Dan tatkala, The Blues dijangka berdepan satu lagi kekalahan, Loic Remy tampil menjaringkan gol pasukannya pada masa kecederaan untuk menyamakan kedudukan bagi memaksa aksi masa tambahan.

Dalam pada itu, jaringan Ross Wallace pada minit ke-27 dan Lucas Joao (m-40) serta Sam Hutchinson enam minit selepas babak kedua disambung semula, membantu Wednesday membenam Arsenal.

Sepakan penentuan juga terpaksa dilakukan membabitkan dua lagi perlawanan pada saingan Piala Liga awal pagi tadi. Everton mengenepikan Norwich City dengan keputusan 4-3 selepas kedua-duanya terikat 1-1 di Goodison Park selepas masa tambahan.

Hull City pula menyingkirkan Leicester City, 5-4 menerusi sepakan penentuan selepas kedua-duanya juga terikat 1-1 sehingga saingan masa tambahan.

KEPUTUSAN PIALA LIGA

Everton 1 (Osman 68) Norwich City 1 (Bassong 51) - selepas masa tambahan

*Everton menang 4-3 menerusi sepakan penentuan

Hull City 1 (Hernandez 105+1) Leicester City 1 (Mahrez 100) - selepas masa tambahan

*Hull City menang 5-4 menerusi sepakan penentuan

Sheffield Wednesday 3 (Wallace 27, Joao 40, Hutchinson 51) Arsenal 0

Stoke City 1 (Walters 52) Chelsea 1 (Remy 90+1) - selepas masa tambahan

*Stoke City menang 5-4 menerusi sepakan penentuan - AGENSI

Chelsea Tumbang Lagi, Arsenal Turut Senasib Chelsea Tumbang Lagi, Arsenal Turut Senasib Reviewed by uMieySurianie on October 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.