Seo Services

Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional


KUALA LUMPUR : Kerajaan menaik taraf 80 atau 89.9 peratus sekolah vokasional kepada kolej vokasional melibatkan kos RM8.7 juta sehingga Ogos lepas di bawah program transformasi pendidikan vokasional bagi memenuhi keperluan pekerja berkemahiran teknikal dan vokasional menjelang tahun 2020.

Kerajaan juga mewujudkan skim 'buying places' melalui kerjasama beberapa institusi latihan kemahiran swasta dalam memenuhi permintaan program latihan teknikal dan vokasional (TVET), selain memperoleh kerjasama institusi latihan kemahiran awam menyediakan tempat latihan termasuk perkongsian fasiliti, peralatan, dan sumber manusia, menurut Laporan Ekonomi 2015/2016.

Sehingga Ogos lepas, enrolmen program TVET ialah seramai 8,585 pelajar dengan kos perbelanjaan sebanyak RM49.8 juta, dan permintaan terhadap program TVET semakin bertambah berikutan peningkatan minat dalam kalangan pelajar terhadap pendidikan vokasional.

Dalam usaha membangunkan modal insan yang mampu memacu ekonomi berasaskan pengetahuan, kerajaan juga memperkenalkan beberapa inisiatif dalam Bajet 2015 termasuk memantapkan profesionalisme perguruan dan prestasi sekolah, mengupaya sekolah amanah dan membina sekolah baharu.

Antaranya, memperuntukkan RM14.2 juta untuk memantapkan profesionalisme perguruan dan prestasi sekolah melalui Program Transformasi Daerah dengan mewujudkan dua jawatan iaitu Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) dan Rakan Pembangunan Sekolah yang membantu lebih 39,000 guru melalui sesi bimbingan dan mentor.

Sehingga Ogos lepas, sebanyak 50 sekolah diwujudkan di bawah Program Sekolah Amanah di bawah insiatif Perkongsian Awam-Swasta bagi meningkatkan pencapaian dan kualiti pelajar, iaitu 18 buah di Johor, Sarawak (12), Selangor (9), Sabah (5), Kuala Lumpur (4), Perak (1) dan Negeri Sembilan (1).

Menurut laporan itu, 12 sekolah baharu yang terdiri daripada tujuh buah sekolah rendah, tiga sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh akan dibina masing-masing 6 di Sarawak, Selangor (3), Johor (2) dan Melaka (1), dan dijangka siap dibina pada 2018.

-- BERNAMA
Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional Reviewed by Unknown on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.