Seo Services

Kerjasama Di Antara Sarawak Dan Fujian Diperluaskan.


KUCHING : Sarawak akan meneruskan hubungan kerjasama bersama China dalam bidang ekonomi seterusnya memperluaskan khususnya menerusi industri makanan dan pertanian.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata pelabur China adalah dialu-alukan untuk terlibat secara intensif dalam kedua-dua industri berkenaan di negeri ini.

"Ini akan memberi manfaat kepada Sarawak dan China sekali gus menyumbang kepada perminataan makanan global," katanya

Adenan meneruskan bahawa China dialu-alukan datang melabur di Sarawak. Sarawak akan menjadikan kedatangan China semudah mungkin tanpa banyak birokrasi.

Pada Majlis Makan Malam sempena lawatan Gabenor Wilayah Fujian Su Shulin ke Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin Adenan menyatakan penglibatan pelabur China dalam industri makanan dan pertanian juga akan meningkatkan industri makanan yang lemah di negeri ini.

Adenan berkata menerusi bidang pelaburan dan perlancongan persahabatan dengan China juga perlu dimanfaatkan untuk kejayaan bersama.
Sarawak mahu memanfaatkan kekayaan China dalam pelaburan dan Sarawak juga mahu melihat lebih ramai pelancong China datang ke Sarawak.

Gabenor Wilayah Fujian Su Shulin pula berkata Sarawak dan wilayah Fujian mempunyai potensi yang besar untuk berkembang bersama dalam bidang-bidang ekonomi.

"Hubungan ini akan melonjakkan hubungan pelaburan dan perdagangan antara Wilayah Fujian dan Sarawak," tambah Su.

Justeru Su memberi jaminan akan menggalakkan syarikat-syarikat di Fujian melabur di Sarawak. Wilayah Fujian juga akan memperluaskan kerjasama dalam bidang pertanian dan industri makanan dengan Sarawak. Dalam bidang pelancongan akan lebih menggalakkan lebih ramai lagi rakyat Wilayah Fujian melawat ke Sarawak dimasa hadapan.

Sementara itu Adenan turut berharap pada masa akan datang lebih ramai rakyat Sarawak dapat bercakap Mandarin dan lebih ramai rakyat Fujian dapat bercakap (bahasa) Melayu.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Dato Sri Wong Soon Koh serta Konsul Agung China di Kuching Liu Quan. - Sarawakiana
Kerjasama Di Antara Sarawak Dan Fujian Diperluaskan. Kerjasama Di Antara Sarawak Dan Fujian Diperluaskan. Reviewed by Unknown on October 16, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Makin naik tochang la cinabukit2 yang sedang giat mengcinakan bandar2 di Sarawak....

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.