Seo Services

TPM Tiba Di Kapit Untuk Rasmi SMK Bakun

FotoBH
KAPIT: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Sungai Asap, dekat sini, sebentar tadi, bagi merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakun.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri yang turut diiringi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid; Menteri Kemajuan Tanah negeri, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong Khing Sing disambut kira-kira 1,000 penduduk tempatan.

Pembinaan SMK Bakun adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan Pusat dalam membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat pedalaman dan luar bandar di Sarawak, termasuk dalam konteks penyediaan kemudahan pendidikan.

Perasmian sekolah berkenaan juga adalah antara agenda lawatan kerja dua hari Zahid ke wilayah tengah negeri ini, yang bermula semalam.

Timbalan Perdana Menteri turut dijadual merasmikan pembukaan Jalan Menjawah ke Pekan Belaga, di sini, sepanjang 38 kilometer yang dibina menerusi Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Difahamkan, projek berkenaan diilhamkan sendiri oleh Zahid ketika memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan sebelum ini.-BH

TPM Tiba Di Kapit Untuk Rasmi SMK Bakun TPM Tiba Di Kapit Untuk Rasmi SMK Bakun Reviewed by Unknown on October 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.